Sunday, March 17, 2013

Di Lamun Rindu


Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi
Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakanlah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku

Berikanlah kesempatan untuk aku menjelaskan
Agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
Tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
Kerna aku disalah mengerti

Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tohmahan orang lain
Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita bersama
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu


Friday, March 15, 2013

Bila Aku Sendirian...

Bismillahirrahmanirrahim :)

Lama rasa x menjenguk kt blog nie, mst rasa mcm terabai je kan. Kesian kau blog! Website lain ak bukak je tp ngn kau, ak mls plak nk menghadap. Huhu. Ampun ye syg! Xde jodoh kte nk bersua. Ak curang? Yesss! I admit! Tp sesungguhnya bkn ak berniat nk curang pon. Tp tue laa.. the problem is I don’t have any feelings to meet with u. Again! Huaaaa. Eh! Apa yg ak merepek nie. Sorry2! Terlebih sudaaaa. Haha. Ak x penah jemu dgn sesuatu yg ak cipta. For example, klu ak memilih utk bersendirian, ak x kan pernah rasa jemu bila sorang2. Meski ada kawan, ak akan mengelak. Itu sekiranya ak memilih utk berseorangan laa. Klu x, I feel enjoy with those my frens. Berkawan tue kan best! Bole share ideas, tmpt meluahkan perasaan (klu ada), bole bergurau senda, bole bergosipping.haha. eh tak lah, bergosip tue kadang2 je klu ada bnda nk gosip, we just go through, tp klu xde, xde lah, ok je. Haha.

Sedar x sedar dh 3 sem ak kt shah alam, its mean setahun setengah dh ak menyusuri hidup kt sini. Oh God cepatnya masa berlalu. Selama hidup kt sini jugak la byk perkara yg telah ak belajar, regarding mcm2 benda. Depends on how much we adapt with the situation. Ak x nafikan laa, semenjak hidup kt Bandar nie, pemikiran ak 720% totally changed! Klu fikir cara kolot mst kena kutuk, takpon org pandang remeh je. Haa sape nk jwb? Tp tue bkn 1 masalah pon, sbb ak suka ikut peredaran masa n tmpt, bak kata pepatah masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimu, mengaum. Betul ke peribahasa nie? Ah lantak lah. Tp lebih kurang cmtue laa. Hee. Tp duduk dekat shah alam nie, wt ak terfikir macam2. Nak cari kawan, kena yg betul2 bole percaya. Klu betul pilihan, Alhamdulillah selamat hingga ke akhirnya. Tapi klu salah pilih, nauzubillah. Mtk di jauhkan dr yg x elok. Tp syukur pada Allah, sbb anugerah kn ak satu perasaan yg perhaps org lain pon ada jgk, tp x fully utilized. Ak suka ikut gerak hati ak sbb hati ak nie, insyaAllah xkan menipu. Becoz it comes from Allah S.W.T J dari dulu smpai skrg, klu ak buat ape pon ak akan tetap ikut gerak hati, kadang2 hati nie main2kan tuan dia jgk tp tak lah kesemuanya, Allah masih control my heart. Thank God!

Ak kan sebenarnya ak xtahu pon nk tulis apa. Sbb dh lama x menulis, so segala skills nk menulis terasa mcm kaku. Mungkin kena ambk masa balik utk ak recover my skills. Ahaha. No offence! Banyak benda nk luah kan tp xtw nk start dr mana. Ak harap sgt penulisan ak nie x di baca oleh sesiapa pon. Bole kan blog? Jgn bg org lain access my account nie ok? Klu ada yg tw pon my URL, please la bg dia lupa terus. Mungkin itu lebih baik. Kadangkala sesuatu yg kte anggap kejam tue adalah lebih baik dr kte anggap semua perkara baik n manis. Sedangkan ubat yg mampu menyembuhkan segala penyakit pon pahit utk ditelan, inikan pula perkara yg kejam tp di akhirnya ada kemanisan. Meskipun kekejaman harus didahului dr kemanisan tersebut.

Selalunya klu ada masalah, ak pendam kan je selain mengadu dr yg Esa. Tp kali nie ak terpaksa luahkan dekat blog. Semoga blog nie mampu menampung segala luahan rasa hati ak. Baik yg suka mahupun yg duka. Dulu ak ada diari n selalu menulis setiap apa yg berlaku dlm hidup ak. Sikit pon ak x missed utk tulis ape pon. Tp tue laa, bila ada org yg ceroboh menyelongkar privasi ak, ak terus x minat utk tulis apa lg dah. Sbb mudah je org nk tahu. Sedih sgt. Smpai ak terpaksa bakar diari tue. Lg pon diari tue terlalu byk kenangan smpai ak dh x mampu nk simpan. Salah satu sbb knp ak bakar dia, sbb ak nk hapuskan kenangan. Sbb dgn cara tue je ak bole lupakan semua. Tp ak silap! Sbb smpai skrg ak x mampu nk padamkan semua kenangan yg sentiasa tersimpan kemas dlm hatiku. Ak ingtkan bila ak berubah dr masa dulu ke masa kini, semua sejarah hidup ak bole padam, tp tak! Ingatan tue tetap kukuh terpahat meski catatan diari ak dh bakar dulu. :’(

Kawan? Sahabat? Teman? BFF? Kawan karib? Member? Semuanya beri maksud yg sama. Mungkin berbeza2 definisi bg sesetengah org je. Sbb pada ak suma tue mksud dia sama, org yg paling hampir dgn kte dan tak buat kte raa keseorangan bila jauh dr family. Kan? Ke ak salah? Rasanya betul dh tue. Tp mgkin ada penambahan la dr segi kawan yg mampu bersusah senang dgn kte. Bkn kwn yg sekejap ada sekejap xde (dah mcm coklat chip chipsmore plak). Bkn jgk kwn yg mkn kwn atau kwn yg bia kte senang je dia ada. Bila kte susah, entah ke mana dia menghilang. Sadis kan klu dpt kwn mcm tue. Ada jgk klu kwn yg masa kte berduit, elok je dia duk kt sebelah. Masa kte ‘kering, pokai, jatuh miskin’..batang hidung pon x nmpk! Apalaa nasib badan kan dpt kwn yg jenis mcm tue. Mungkin Ujian Allah. Who knows? Sbb Tuhan kan byk rencana utk kte. Kte je yg x tahu. Ak percaya klu berlaku sesuatu yg bkn ak mtk, mgkin Allah nk bg ak yg lebih baik. InsyaAllah. Tak rugi pon ramai kwn, baik yg positif mahupun negative, asalkan pandai bwk diri. dah lebih dr cukup!

Ak ramai jgk kwn yg mcm2 ragam dia, tp I just go with the flow. Klu dia mengganas mcm harimau, takkan ak nk jd harimau jgk kn. So, I prefer to be good than what have showed to me. Contohnya, klu dia tengah marah, takkan la ak nk marah dia balik even dh tw yg bkn slh ak. So biar kan dulu dia dgn kemarahan dia tue. Nti dh sejuk, baru la tegur elok2. Sbb setahu ak, org yg tgah mrh nie, syaitan ade berdampingan dgn dia. Biar je. Jangan di layan, sbb pepatah ckp, makin di layan makin menjadi nti. Haha. Hentam jelah pepatah apa pon ak xtw. Kuang3 :D

Ak kan x tahu knp ak rasa x best sgt semenjak dua menjak nie. Terasa mcm ada kwn, tp di pinggirkan. Buat baik kena kutuk, buat jahat(masam muka sikit) pon kena kutuk nti. Ak xtahu kwn2 ak nk apa sbnrnya dr ak. Klu ada xpuas ati, direct talking laa. Jgn buat ak rasa mcm salah ak berat sgt. Seolah2 x bole di maafkan. Tp ak dh buat apa kt korang??? Ya Allah, andai ini takdir Mu, ak terima. Tp tolong lah jangan Kau uji ak melebihi dr kemampuan ak. Sbb ak tw ak x sanggup. Peritnya bila kte senyum, try nk bercakap ngn kwn tue, tp dia mengelak, jeling, tgk ngn pndgn tajam. yaAllah, ak x sanggup nk tgk wajah mcm tue. Ekspresi muka tue bgtw “ak benci kau!”. Betul atau tak, ak xtawu. Tp itu yg ak rasa. Dan ak pernah ingt ustazah ak pesan: “ klu kte buat org terasa ngn kte sedangkan dia xtw pon apa salah dia.jatuh dosa besar kt kte”. Haa sape nk jwb nie?? Masalahnya ak dh terasa sedangkan ak xtw ape salah ak pon. Tuhan, ak xnk kwn2 ak dpt dosa bsr. Tolong lah,jangan biarkan… ak harap ini semua perasaan ak saja. Bkn btul2 pon. Mgkin diorg ada masalah lain dan kebetulan ak ada time tue, dan ak yg dpt tempiasnya. Ak taknak fikir yg bkn2. Sedih :’(

Ya Allah, andai ada salah ak pada hari ini dan sebelum2 ini, ak mohon ampun. Kadangkala ak x mampu nk puaskan hati semua pihak, tp ak harap sgt apa yg ak dh buat, itu adalah yg terbaik. Sbb ak buat sesuatu perkara bersandarkan keikhlasan ku demiMu Ya Allah. Dan pada kawan2, ak sikit pon x pernah berdendam, sbb ak x reti berdendam. Paling teruk yg bole ak lakukan pon. Merajuk! Tue je. Nak balas balik apa yg korang dah buat?? Sorry to say! Tp itu bkn ak. Sbb ak x reti langsung nk balas. Tp ak sering jd mangsa kena tindas. Ikut suka diorang la nk buat apa pon, yg ak tw ‘ak adalah ak’. Ak xkan berubah melainkan ada org yg buat ak berubah. Takpe lah, yg penting ak tahu ak adaMu, Tuhan. :’)

being lonely still made me comfortable

Thursday, August 9, 2012

LOVE AT FIRST SIGHT =)


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya….
I don’t need someone to complete me, but I need someone who can accept me completely..
Walau aku senyum bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari..
Ada yang tak ada di hati ini, di jiwa ini.. hampa..
Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku.
Mungkin akan ada cerita cinta…
Namun ada saja cubaan hidup… seakan aku hina..
Tuhan… berikanlah aku cinta, untuk temaniku dalam sepi…
Tangkap aku dalam terang-Mu, biarkan aku punya cinta…
Tuhan.. berikanlah aku cinta, aku juga berhak bahagia…
Berikan restu dan halal-Mu,
Tuhan… beri aku cinta…
Sekiranya aku jatuh cinta padamu,
Itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu…
Dan sekiranya aku membenci dirimu,
Tidak bermakna aku membenci dirimu.
Tetapi sebenarnya aku membenci egomu… :)



~kerana aku punya kamu~

Sunday, June 17, 2012

THE HISTORY OF YESTERDAY =)


Bismillahirrahmanirrahimm…

Assalamualaikum..=)

Tulus ikhlasmu, luhur budimu, bagai tiada pengganti, senyum tawamu, juga katamu menghiburkan aku. Memori indah kita bersama terus bersemadi, dear my Ayah, adik takkan lupa semua jasa dan pengorbanan Ayah terhadap adik selama ini. kaulah Ayahku dunia akhirat. 20 tahun mengenal erti dunia, Ayah selalu ada di sisi. Opppssss bukan ayah je, tapi my mom sekali. Hehe. Entry kali nie bukan nk merapu tp ade story sebaliknya. First of all, maaf lah lama x update entry, gua busy laa babe!, xdak masa nk layan blog. Eh tapi klu fb tue, insyaAllah laa tebukak jgk tp x lama ok! Ada limits dia. Tp blog, klu bkak mmg xbole skejap2, kna take time sgt. Sebab nk menaip, nk edit, nk mcm2 lah, dia plak on9 system, slagi system x brokedown slagi tue la ak mengadap. Haha. Fb klu bosan, bole tutup je xde mslh pon. But blog was different. Eh astaghfirullahalzim, merapu dh ak nie. Ok! Back to the story.. arini semua org tahu kan, 17jun adalah hari bapa..sape tahu lg, arini jgk adalah ari ape? Ok! Ari ahad, betul sgt2. Pandai korang! Tapi kurang bijak. Haha. Maaf deh klu terasa. Sengaja! LOL. Arini jgk sbenarnya adlh ari peringatan berlakunya Israk Mikraj. Cuba check calendar 17Jun2012 bersamaan dgn berapa rejab??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok! Dah check ke kwn2? Klu dh check bagus laa. Alhamdulillah. Haha =) kita semua kena ingat, ari bapa bkn ada spesifik date pun tw, sbbnya dia sama mcm ari2 biasa. Sebenarnya, hari2 adalah ari ibu bapa kita. Tapi  X salah pon klu nk wish. Ak pon buat benda yg sama, tp most important doakan kesejahteraan makayah kita setiap ari. Ingat! Tanpa mereka sape la kita. Kerna mereka juga kita ada di dunia ini. So, pada makayah, ak doakan semoga mereka sentiasa sihat walafiat, panjang umur n murah rezeki selalu. Adik sayang mak dan ayah selamanya. Doakan adik di sini.. eh2 mcm makayah bole bc je apa yg ak tulis.haha. takpe andai 1 ari nti depa stalk ak punya blog, feel free to read this. :P

First time in my life!

Semalam adalah hari yg menyeronokkan, yg menggembirakan, yg menceriakan, yg happening bagai dlm hidup ak. Sekali pon ak tak pernah bayang akan berlaku dlm hidup ini. Semalam adalah sejarah! Terima kasih pada kawan2 yg terlibat, yg enjoy habes bersama saya. Hehe=) ayat xbole blah, lagak mcm menang award ABP je kan? Haha.:p

The story was begin…………..

Pagi semalam, ak ada ceramah dan juga ldk (latihan dlm kumpulan) utk kelas kesatria Negara. Tajuk ceramah KENEGARAAN. Haa! Dgr tajuk mcm bosan kn? Tp sebenarnya tidak sama sekali. Walau kena bangun awal dan berkumpul seawal jam 8am, tp semuanya berbaloi. Pengisian ceramah cukup terkesan d ati ini. Mana tidaknya klu penceramah best, then ada selingan lagu2 yg mmg ak minat, bg ceramah seharian pon ak sanggup dengar. Haha=) xhabes dgn ceramah, wt ldk plakkkk. Normally, ldk 4 me it’s very, very, very, veryyyyyyyyyy bored! Tapi semalam sgt happy. Ak gelak je along the activity. Mmg best! Tp msa dia sejam jea. Bagi ak x cukup! Klu bole nk lagi. Hehe:P mmg fun habes la baq ang!

Then, story tak habes lg tw. Bermula la apa yg tak pernah ak harapkan terjadi dlm hidup nie. Walau pon ak suka maen lasak, kononnya adventure bagai. Tp ak tak penah mimpi nk maen flying fox. Weh, nie bukan yg biasa2 tw tapi yg paling pjg dan paling jauh yg ada di uitm shah alam nie. Gayat weh first time smpai tmpt tue. Rasa nk terkencing, terber……, termuntah! Semuanya ada. Nk pengsan pon sama. Gayat woooooooo. Hahaha., Actually, ak dan kawan2 bole smpai kt situ sebab kami d ajak oleh cikgu Tun merangkap jurulatih kesatria kami tue. Dia wt open flying fox, free of charge. Sape nk pegy, pegy je maen. No fee will charge u! tapi dia bukak kedai sehari jelah. Bukak lama2 dia yg xdak life plak nti. Asyik mengadap tali2 yg tergantung jea. Haha:D

Ok! First time maen flying fox, nk pkai safety suit pon ktorang sebenarnya tak tawu. Nasib baek ade komander tlg ajarkan. Hehe, selamat! Hah, cter pasal komander2 nie. Mmg ak x puas ati. Gatalnye Ya Allah, Kau jelah yg tawu. Eeeiiiiii, geli ak! Ade ke patot dia buli ktorang dgn taklimat suruh bagi nama, no. matrik bila nk belepas kt tali gantung tue. Hesy, actually suma benda alah tue kena lapor bila dlm aktiviti kembara jea. Hello! Ktorang pegy suka2 nk maen tw. Bukannya ahli kembara pon, ktorang ahli kesatria Negara la paklong oiiii. Geram btol ngn sorg komander tue! Tapi, nasib ak baikkkkk sgt sebab ak telepas dr gangguan2 mereka. Sebab time ak nk fly tue, Cikgu Tun tgk ak n ckp ‘on stopper’ jea. Haha. Tak perlu nk lapor2 nama bagai. Cikgu ckp dia bukan ingat pon klu bgtw nama tp komander tue saje je nk tw. Siap ckp cmnie lg “eh cikgu, xnk tau nama dia ke? No. phone dia?”, ak yg dgr nie rasa cm nk bg kick je kt dia. Kang ade plak yg tergolek turun bawah kot! Bukan rendah bukit dia. Mcm bangunan 5 tingkat kot!! Fuhhhhh….

Akhirnya ak selamat jgk flying without wings. Haha:P sampai je nk landing, bole pulak time ak tue, komander yg jga kt bawah, letak meja n kerusi, kononnya, ak terus landing atas tue la nti. Kwn2 ak yg turun sblumnya takde plak cmtue. Hishhhh. Weiiii, wt lawak ke apa? dh sah2 la ak terhuyung-hayang ngn tali tue, mmg tak laa nk landing elok. Bengong! At last, ak tendang  ja suma meja n kerusi tue. Hambek kaw! Sume owg tekejut. Haha. Depa suma ckp ak mengamuk. Sbnrnya x pon, tp sbb klu ak x tendang sume tue, ak langgar pokok rasanya. Haha. Eiii seram tw! Tue takpe lg, bila ak nk turun tue, bole plak komander sorg nie, dok berdiri depan ak, nasib baik ak lompat, klu tak scene ape yg berlaku ak pon mls nk fikir. Masa ak landing tue, ak dgr suara cikgu ckp “ingat kau nk peluk dia td?” eiiii, benciiii!!!! Herh! Cukup la skali ak naek, niat ati nk naek dua kali, sbb cikgu bg chance, tp mengenangkan apa yg berlaku, ak x naek dh. Kawan2 ak suma naek 2kali, ada yg naek 3kali. Sedihhhhhhh :’( ak mampu fly skali jea. In addition, tgn ak dh sakit sebenarnya sbb time flying tue, tali tempat pegang terbelit kt tgn ak. Tp cikgu x tawu. Selamat! Hehehe. Klu dia tw mau ak kna marah. Xmo2 =)

Tapi kawan2 ak yg laen suma kena lapor sbb komander2 tue menganjing depa. Hahaha! Kesiannnnn :P sabo jelah. Kami pegy Sembilan org , sorg takut, so dia x fly laa. Ak org keempat dr 8 org yg nk fly. Sumpah! Segala doa ak baca. Smpai dh landing pon ak mengucap lagi. Ahahaha lawak weh! :D

Eh, kawan2 smpai sini je tw story ak about the wonderful memory. Ak da discussion asgment ngn kawan nie. But before that, jom layan pics ak..enjoy ya!!! Tatattataaaa…..=)

ak xtawu ape motif gmbr nie d ambk. sja nk tgk rumput dia kot. haha :P

sahabat seperjuangan (ak bersama ain n aisyah :)

nie pic baru lepas landing :D keceriaan terserlah sbb selamat mendarat. haha 

bersama my bestie...known her as Syira :)

santaiiiiii bila dh lpas second time flying without wings :P

inilah cabaran yg kami lalui..dr atas sana ke bawah sini..
serius cuak glerrrr. tp best!!! first time in the life :D

my frens n aisyah at 3rd round. ishhh, ak ja yg wt sekali  :'(
psstttt..yg nk lari kt blakang tue, dia sorg jerit paling kuat. tekejut sume org. hahaha :P

ok! ini time syira landing..
together with komander2 muda yg gatal nyer...eeyyyaaaakkkkk =,='

aksi mendebarkan bila kwn sy yg sorg nie jerit kuat gler...
sbb dia ambk line yg laju. ktorg sederhana jea. hehehe :D

baju biru kt sana tue adlh jurulatih kami, yg tgh tgk tue komander. hensem weh.
nk pengsan bila ak tgk dia, dia tgk ak. yg nie baik. :D
lg sorg bju merah tepi nie, dia pon baik jgk sbb tlg pkaikan safety suit kt ak. hehe, thanks!


pesanan penaja : gambar2 di atas sumanya natural ok! no editing...sekian~ :peace (v)


Sunday, June 10, 2012

BORED =,=''


Bismillahirrahmanirrahim…

Dunia umpama neraka, hidup ibarat layang-layang…erm, dgr cm sedap je ayat tue di susun kn? Tp di sebaliknya adalah keyword 4 the word of DUNHILL..haa, ak maen cipta je ayat dr letters yg ada. Keja bila bosan! Tapi bila fikir2 balek. Mmg sesuai la ayat tue utk perokok sekalian. Haha. Eh, sebenarnya ak xdak motif pon entry kali nie. Suka suki menaip. Nk baca buku malas! Tudiaa, jujur punya pengakuan. haha. Klu lah makayah ak baca suma nie, mau istighfar panjang depa. Hehe. Ampun! Ampun! Bukan xnk study tp mood nk study tue xdak. Asyik gelong ja. Pastue mula la sesat. Nk catch up balek bukannya senang.huhu. so, entry kali nie merapu jelah. Ape yg ak rasa nk cter, ak taip ja. No specific part. Klu rasa ada cter yg tergantung or xde motif, cepat2 la tutup blog nie. Diam! Dan tak perlu kata apa2. Nti takut tesedak pulak ak kt sini klu ada yg mengutuk or mengumpat kt ak. Haha :P

Hurmmm, lama x update entry, rasa hilang idea nk menulis plak. Skill pon dh kurang. Kesiannnn ish3. :’( okay laa. ak nk tulis ttg………..ape ek?? X pyh la tjuk2 bagai. Nti ak kna focus satu cter ja. Padahal byk cter yg terjadi kt ak dlm masa ak x update entry nie. Haha. Ak skg nie x bapa nk sihat sgt laa. Dh almost one week x mkn nasi. Dhsyt x?? kalau tawu ngn makayah, wajib kna brainwash nie. Haha. Adoyaiiii, Alhamdulillah skg masih selamat lg. rahsia nie aman dr pengetahuan mereka. Hehe. Bukan ak xnk mkn, tp x rasa nk mkn nasi. Nk mkn fast food n makanan yg berkuah jea such as mee bandung, bihun sup n etc. nmpk mengada2 kn? Tp itulah ak. Klu tgk nasi, mcm ak tgk patung kt mall, no feelings. Nafsu nk mkn nasi berlauk dah xdak. Ish cmna la bole jd cmtue. Erm, mybe sbb ak dekat ngn restaurant fast food kot. Itu yg x pandang nasi dah. Asyik mkn KFC, PIZZA HUT, MCD.. huh!Belagak mcm westerner je kan? Haha. Terbaek ah. Tapi ak x sampai la ikut budaya barat. Astaghfirullah. Cma dr segi pemakanan jela. Hehe. Cover2! :P

Arini pon ak mkn mcd time lunch n kfc 4 supper.. errr, x bole avoid la benda2 nie. Huhu. Klu mkn nasi pon sama gk hrga cm kfc, better ak mkn kfc rice plate. Lagi kenyang. Mkn kt dataran uitm nie, wt ak sebak sebab nk makan yg mak masak. Bukan la semua mknan kt sini x sedap tp hampehh, mak masak lagi sedap. Sumpah x tipu! hehe =) rindu mak sudahhhh. Nie la masalah ak bila bercerita pasal mak, ayah or siblings. Mudah benor nk touching! Herh! okay, tawu kan ak anak manja. So, please jgn kutuk! Tuhan marah :D

Semalam adalah kenangan. Why?? For the first time ak tgk Affi Idham a.k.a my classmate, performed K-Pop sempena Festival Korean Malaysia. Best weh. Like Affi forever! Badan dia lembut gila time menari tue. Dah la bwk 9buah lagu korea. Happening sgt, ak screamed kt dia dh mcm owg meroyan ak rasa. Haha. Malu seyh! :P takpa, ak bg support time tue. Cover lagi! Whatever laaaa =)

Dah xtawu nk cter apa lagi dah. Nk chow dulu lah. Bosan + xda mood nk taip! Malas! Sekian~~~

p/s : video afi x bole nk upload kt sini. private. bye!! :) assalamualaikum...

Thursday, May 10, 2012


BERTUDUNG & MENUTUP AURAT =)

Bismillahirahmanirrahim...


sebaik2 perhiasan di dunia adalah wanita solehah :)

” Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !”

” Haa? Kenapa?”

” Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat.”

 Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.(including me kot, oh MasyaAllah, semoga ak terus dpt NUR dariNya..InsyaAllah)

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.(istighfar jelah) huhuu..

Hayati kembali perintah Allah ini;

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]

Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang ‘bertudung tapi mendedahkan aurat’. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.(this is better decision =)

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.(mintak simpang malaikat 44, semoga all the girls dpt hidayah utk terus berubah ke arah kebaikkan,amen!)

” Cerewet sungguh orang-orang mukmin!”

Ya.. memang cerewet ! hehee..

Fikirkan seketika……

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Aku yakin kita semua akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih. Right??? :)

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akhirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.(mana sanggup beb! )

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

” Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.”
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri? (dah mcm ustazah dah ak nie..eh!! haha=)

Cuba fikirkan sejenak..

Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
” Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna.” (nak taknak kaum ADAM kna terima jgk ape yg tersurat buat mereka, bunyi mcm no choice kn, but they can change the fate by dua’ :)

Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.(dah macam bagi tazkirah plak ak nie, haddoiii =,=’

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dalam menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah! (ALLAHUAKBAR)


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kaum Hawa khususnya :

Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik :)

begitulah sebaliknya juga..... :D

jodoh,ajal maut dan rezeki itu adalah rahsia Allah. kte hanya mampu berdoa dan perbetulkan yg mna salah..being a good muslim or muslimah is one way 2 get something perfect 4 us.. :P

stop here..ok baiiii =)

Sunday, May 6, 2012

PERGI TAK KEMBALI



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

First of all, Assalamualaikum semua!

Fuhhh..lama gila x update entry kt blog nie. Busy sgt laaa bila degree nie huhu:’( Mcm2 event nk kna attend. Bosan! Dah laa assignment n test serentak dlm minggu yg sama. Sabo jelah, sob sob. Percayalah, nti hampa semua mst akan rasa apa yg ak rasa skg. So get ready from now! Haha.

Tapi suma tue tak penting ak nk cter kt sini. Ada yg lagi penting. Dan entry kali nie adalah entry khas ak tulis utk sahabat dari zaman kanak2 riang sampai sekarang :) walaupun dia dah takde lagi kt Bumi Allah nie, tp he still being remained in my heart. No matter what, dia adalah sahabat dunia akhirat. Takdir tertulis sejak di Loh Mahfuz lg klu dia adalah org pertama yang Allah pilih utk kembali ke sisiNya daripada ak n kwn2 yang laen. So, ak tabah n redha (walaupun sebenarnya berat nk terima pemergian dia). Dia yang ak maksudkan kt sini adalah AMIRUL FAHMI BIN MOHAMAD (5 nov 1992 - 5 mei 2012)


tenanglah kau di sana wahai sahabat...


Ok, let’s start the story. Malam sabtu kmren(means jumaat malam), ak kua mkn mlm ngn rumet and x bwk phone pon sbb tgah charge. Then, ak dpt msj dr sorg kwn yg ckp mirul eksiden n kritikal time tue(dlm 10.40pm). Sepantas kilat ak trus call kwn yg laen utk ensure that tragedy. Ok, mmg betul dia eksiden, doa ak satu je time tue, semoga mirul selamat. Walaupon dah tahu condition dia sgt worse smpai msuk ICU. Namun ak tetap berharap Allah tolong selamatkan dia n dgr doa ak. Tapi………in reverse, apa yg ak dpt tahu tak sama langsung dgn apa yang ak mohon atas tikar sejadah. Sadis sgt! :(

First time dpt tahu dia kembali ke Rahmatullah, demi Allah ak x percaya langsung! Bagi ak apa yang ak dpt tahu tue adalah satu pembohongan, hanya nk menguji cara dan bagaimana penerimaan ak terhadap seorang kwn yg pergi mengadap Illahi. Sungguh, xtahu nk gambar kn situasi tue cmna, rasa2nya kwn2 yg laen pon mst terkejut habes kn??? Sumpah! Ak xtahu nk percaya ke tak at that time. Tapi bila berulang kali baca msj2 yg masuk n sebelumnya, yg tertulis “Mirul eksiden, skg kritikal” cukup buat ak tergamam seketika. 4jam kemudian msuk lagi msj yg tertaip “Mirul dh xda..” innalillah...cukup utk buat ak rasakan dunia seakan2 terhenti seketika.T_T  Bayangkan lah ak yg jauh kt sini(shah alam), dpt berita mcm tue. Susah utk ak buat keputusan whether nk balek kg or not. At the same time, ak ada program wajib hadir utk degree part1 keesokannya. Tuhan je yg tahu betapa hati ak bukan lg dkt UiTM nie. Hati ak dh melayang2 jauh nk tgk arwah. Tapi cepat je ak sedarkan diri, yakin bahawa ak bukan di alam mimpi yang bole senang2 or syok2 fly sana sini :’( sedih sgt bila ingat x sempat nk bagi penghormatan terakhir buat arwah. Last time jmpa dia pon masa krismas tahun lepas, itu pon ktorg pegy tgk wayang, mkn2 n shopping. Tp correction kt sini bkn ak berdua dgn arwah tp ktorg pegy berempat : ak, farah, mirul n hery :) masa tue kua, happy sgt! Bercerita mcm2. Ya Allah, ak rindu sgt dgn arwah. Betul ckp org, “kte takkan rasa syg sgt2 kt seseorang tue until we lost him/her”. Sekarang baru ak rasa perasaan tue. Tapi tue tak bermakna dulu ak benci dia. BUKAN! Sama skali tak mcm tue. Ak sayang semua kwn2 ak. Demi Allah! Klu ada benda yg wt ak terasa pon, ak takkan penah berdendam. Semuanya ak serah pada Allah. Tapi Alhamdulillah, arwah mirul tak penah wt ak benci dgn dia. AKU? Hurmmm, xtaw la klu ak penah wt dia benci ak ke x. harap2 tak. Klu ade pon, sumanya dh dimaafkan. InsyaAllah=). Tamat jer SPM 2009, suma kesalahan kwn2 dr form1 till form5, ak dh maafkan n dh halalkan semuanya klu ada =). So here, take as arwah read this entry, I juz want to said that “mirul, u didn’t need to worry about ur faults towards me, I already apologized u, just rest in peace with Him..semoga syurga firdhaus menjadi tempatmu..amin..”

memories that will never be fade. InsyaAllah ^_^

3 bujang senang yang happy go lucky =)

sahabat2 yang akan sentiasa merinduimu...

Alhamdulillah, sempat jugak celebrated besday dia dulu..best!=)

dear ex-class rep, u will always in our heart. biar hilang di mata janji dekat di hati <3


Masa cepat jer berlalu. Dah sehari arwah pegy ke alam barzakh. Tapi still terasa mcm arwah alive lg.^_^ yaAllah, sukarnya ak nk terima ujianMu kali nie. Berat sgt ya Tuhan! So, for this time, ak pohon, biarlah ak yang pergi dulu berjumpa dgnMu selepas nie wahai Penciptaku, kerna ak x sanggup utk kehilangan kwn2 apatah lg my family. Semua tue buat ak rasa perit. Yes! Mgkin setiap yg berlaku tue ada hikmahNya tersendiri, tp ak tahu batas kemampuan ak yang memang x bole terima dugaan berat mcm apa yg ak lalui skg. Nampak luaran ak ceria n riang, tapi hati di dalam, menangis menangis dan terus menangis.:’(

Dear God,
Ampunkan lah segala dosa Mirul,
Tenangkan lah dia di sisiMU,
Cucurilah rahmatMU ke atas rohnya,
Jauhkan dia dari azab seksaanMU,
Tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman lagi soleh,
Tempatkan dia di JANNAH FIRDHAUS-MU yang hebat..amin ya rabbal alamin

AL-FATIHAH~