BERTUDUNG & MENUTUP AURAT =)
Bismillahirahmanirrahim...
![]() |
| sebaik2 perhiasan di dunia adalah wanita solehah :) |
”
Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !”
”
Haa? Kenapa?”
”
Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat.”
Alhamdulillah.
Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut
seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan
calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar
bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa
urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah
dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam
istana rumah tangga.
Lihatlah
di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa
ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak
ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.(including
me kot, oh MasyaAllah, semoga ak terus dpt NUR dariNya..InsyaAllah)
Buktinya?
Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak
labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang
berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama
tetap mendedahkan aurat.(istighfar jelah) huhuu..
Hayati
kembali perintah Allah ini;
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
Faktor
inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal
pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia
pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang
‘bertudung tapi mendedahkan aurat’. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu
akan ditolak atau tidak dilayan.(this is better decision =)
Bagaimana
pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang
mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa?
Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke
tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang
sejauh-jauhnya.(mintak simpang malaikat 44, semoga all the girls dpt
hidayah utk terus berubah ke arah kebaikkan,amen!)
”
Cerewet sungguh orang-orang mukmin!”
Ya..
memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana
satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus
separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Aku yakin kita semua akan memilih
yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih. Right???
:)
Begitulah juga dengan
orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa,
kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada
Allah agar bahagia di dunia dan di akhirat. Andai tersalah pilih atau memilih
mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.(mana sanggup beb! )
Lagipun Rasulullah SAW
pernah berpesan kepada kita semua ;
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana
kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka,
pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di
tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh
suami, Rasulullah menjawab,
” Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya
ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita
yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.”
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung
tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak
serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan
ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon
isteri? (dah mcm ustazah dah ak nie..eh!! haha=)
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
” Tapi jodoh sudah ditentukan!
Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat
secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna.” (nak taknak kaum ADAM kna terima jgk ape yg tersurat buat mereka, bunyi
mcm no choice kn, but they can change the fate by dua’ :)
Ya.. Jodoh memang sudah
ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan
kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh
atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah
sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan
hambaNya.(dah macam bagi tazkirah plak ak nie, haddoiii =,=’
Lelaki baik yang beriman
pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki
yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga.
Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dalam menjalankan Islam secara
sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu
janji Allah! (ALLAHUAKBAR)
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ
لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kaum Hawa khususnya :
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
![]() |
| lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik :) |
![]() |
| begitulah sebaliknya juga..... :D |
![]() |
| jodoh,ajal maut dan rezeki itu adalah rahsia Allah. kte hanya mampu berdoa dan perbetulkan yg mna salah..being a good muslim or muslimah is one way 2 get something perfect 4 us.. :P |
stop here..ok baiiii =)



