Wednesday, February 1, 2012

Kisah wanita cantik, ceria, cergas, cerdik

Wanita dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, mmg x bole d pisahkan, jika d ipisahkan, maka pincanglah lagu, pincanglah irama. Begitulah perumpamaan yg mengaitkan wanita dgn kecantikan. Menurut dari sumber yg bole d percayai, laporan mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji utk membeli kosmetik dan memberikan focus yg istimewa terhadap diri utk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yg mengejutkan. Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut sekiranya ada wanita yg tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka dan akan lebih merasa terkejut jika ada wanita yg langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri. Errr, betul ke??? Gasak jelaa. Cantik ke tak cantik semua nya dari Allah. Apepun thanks to Him!

Kecantikan adalah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan yg di miliki. Lelaki mana yg tidak tertarik dgn wanita cantik? Tanyalah pada mana2 lelaki, sudah pasti jawapan mereka sgt jelas n spesifik. Mereka sukakan wanita yg memiliki 4C iaitu cantik, ceria, cergas n cerdik. Kerana itulah sebenarnya yg di katakan cantik luar dan dalam yg merangkumi aspek mental, fizikal, sosial n spiritual. Persoalannya di sini, mengapa wanita sgt obsessss tahap cipan panda n sukakan kecantikan sehingga sanggup berhabis duit melakukan apa sahaja utk kelihatan cantik??

Jadi, tak hairan la kan bila ada yg sanggup melakukan pelbagai cara supaya tampil cantik biarpun apa yg dilakukan itu kadang2 tidak menghalalkan cara. Ringkasnya, ramai wanita menggunakan cara 7S untuk kelihatan anggun. Konon nye larh!! 7S tue adalah items seperti susuk yg di masukkan ke dlm badan, suntik pada bahagian yg boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan seperti pinggang, punggung, perut, pipi n payu dara, senam habis-habisan, sekat jadual pemakanan hingga kurang makan, sapu krim pemutih muka dan kawal jeragat n jerawat, sental badan utk buang daki di seluruh badan, dan surgery kosmetik pd muka n seluruh badan.

Erm, semua usaha 7S sanggup di lakukan bagi wanita yg terlalu obses utk cantik dan ada akses (means wang ringgit) utk jayakannya, tapi soal fulusnya perlulah d fikirkan dgn tulus ya! Sebab kena ingat juga nak cantik kosnya bukan sedikit, duit yg membukit lama2 boleh jadi sikit, badan yg sihat utk cari duit pon bole sakit jika asyik bekerja utk tambah pendapatan bg tujuan kecantikan. Akhirnya bkn cantik yg dpt tapi sakit n kadang kala tue hasilnya sgt lah hampehhh…haha tapi salute la pd wanita zaman millennium taranium uranium skg nie, semuanya sanggup d lakukan hanya kerana obses untuk cantik dan menarik, menjadi perhatian dan anganan serta igauan kaum lelaki khususnya laa dan menaikkan kecemburuan wanita lain yg menjadikan wanita cantik sebagai idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola!

Ok! Ceritera kecantikan tak berakhir hanya dengan melakukan apa sahaja utk kelihatan cantik, anggun, menawan n menarik tapi ianya terletak kepada perkataan CANTIK itu sendiri. Jom! Cuba kita fahami satu persatu :

            C – cemerlangnya seseorang wanita sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yg memiliki semua wanita cemerlang adalah Cantik, Ceria, Cergas dan Cerdik.

            A – aspirasi kepada kaum lelaki apabila berdampingan dan sesungguhnya memiliki wanita cantik akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri seseorang lelaki.

            N – nilai2 positif wanita yg disenangi seperti sikap kemanjaan, kemesraan dan keibuan banyak dikaitkan dgn wanita cantik.

            T – takluk dunia dengan kecantikan dan sejarah telah membuktikannya dgn kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama Mark Anthony, begitu juga dgn kisah antara Majnun yg menjadi gila kerana kecantikan Laila!

            I – inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan bahawa cantik itu sebagai penyalur idea dan ilham yg memberi inspirasi kpd lelaki.

            K – kejayaaan juga dikaitkan dgn kecantikan kerana wanita2 yg ternama dan berjaya ramai terdiri drpd wanita2 yg cantik, menarik n bergaya.

Dengan tagline beauty is the sign of success menjadikan wanita sanggup beratur inline and online utk membeli kosmetik supaya kelihatan cantik! Hingga wang mereka pun offline! Hehe :)

No comments:

Post a Comment